Tuesday, August 29, 2017

Kerja2 Utk Persiapan Raya

Sempena hari raya Aidil Adha yg bakal tiba hanya beberapa hari saja lagi ,suasana di kedai kami begiru sibuk untuk menyiapkan semua tempahan yang dibuat oleh pelanggan bagi menghiasi kediaman mereka.Rumah akan lebih berseri dhn kemasan gate,grille dan pagar balkoni yang berkiluan hasil daripada sentuhan pekerja2 mahir kami.#ingatweldingingatcreativestainlesssteel 


Monday, August 28, 2017

Pagar Balkoni n Tangga





Tanggal 15 Ogos 2017 para pekerja bertungkus-lumus memasang pagar tangga dan balkoni di kediaman Encik Isa Kampung Kenali..Pemasangan mengambil masa selama dua hari memandangkan kediaman En Isa ini mempunyai tiga tingkat dan kesemua aras itu dipasangkan dengan pagar balkoni dan tangga.Turut membantu adalah gadis-gadis besi dari UiTM Cawangan Arau Perlis.Terima kasih diucapkan kepada para pekerja yang telah melakukan tugasan dengan jayanya.

Wednesday, August 16, 2017

Aktiviti Ukur Gate Bersama Si Gadis Besi


Gadis-gadis besi turut sama dalam proses mengukur gate dan grille utk  di rumah Encik Pn.Rozaina bt Ab Latif dan pasangannya di Kampung Beris Teluk Kemunting Bachok Kelantan.Aktiviti inierupakan salah satu aktiviti Latihan Industri mereka.Gadis-gadis besi ini masih menjalani latihan industri di syarikat kami sehingga akhir bulan September depan.
Semoga adik-adik dari UiTM arau jurusan Sains Gunan ini dapat mengutip pengalaman.

Monday, August 14, 2017

Pemasangan Pagar Beranda dan Tangga

Hari ini siap pasang pagar beranda dan tangga di Kampung Binjai.Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah kerana memilih pwrkhidmatan daripada syarikat kami#creatvestainlesssteel. Semoga anda berpuas hati dengan produk kami.





Friday, August 11, 2017

Program Internship Pelajar Sains Gunaan UiTM

Assalamualaikum,salam sejahtera buat semua.Kreatif Stainless Steel Welding telah berkenan menerima  3 orang pelajar dari  UiTM Perlis sebagai pelajar praktikal dari 25/7 sehingga 15/9/2017. Pihak syarikat sangat mengalu-alukan kedatangan tiga orang pelajar wanita dari Fakulti Sains Gunaan ( Fizik)Kami sangat berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan oleh Dr.Ang Lee Sin  Fakulti Sains Gunaan,Universiti Teknologi MARA,Cawangan Perlis, Kampus Arau Perlis.Kami berharap agar para pelajar ini dapat menimba sedikit sebanyak ilmu pengetahuan di dalam Latihan Industri yang mereka duduki kini.Pihak kami juga berharap agar para pelajar dapat memberi kerjasama dan komitmen dalam menjayakan latihan mereka dan seterusnya beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam pelajaran mereka.juga diharapkan para pelajar ini dapat mengurustadbir syarikat mereka sendiri setelh mereka menamatkan pengajian masing-masing. 
Gambar 3 orang pelajar UiTM diabadikan dalam bunting syarikat kami..

Proses pembelajaran sedang berlaku...

Belajar mengukur besi...

Memerhatikilatan besi setelah digilap...