Friday, August 11, 2017

Program Internship Pelajar Sains Gunaan UiTM

Assalamualaikum,salam sejahtera buat semua.Kreatif Stainless Steel Welding telah berkenan menerima  3 orang pelajar dari  UiTM Perlis sebagai pelajar praktikal dari 25/7 sehingga 15/9/2017. Pihak syarikat sangat mengalu-alukan kedatangan tiga orang pelajar wanita dari Fakulti Sains Gunaan ( Fizik)Kami sangat berbesar hati kerana telah diberi kepercayaan oleh Dr.Ang Lee Sin  Fakulti Sains Gunaan,Universiti Teknologi MARA,Cawangan Perlis, Kampus Arau Perlis.Kami berharap agar para pelajar ini dapat menimba sedikit sebanyak ilmu pengetahuan di dalam Latihan Industri yang mereka duduki kini.Pihak kami juga berharap agar para pelajar dapat memberi kerjasama dan komitmen dalam menjayakan latihan mereka dan seterusnya beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam pelajaran mereka.juga diharapkan para pelajar ini dapat mengurustadbir syarikat mereka sendiri setelh mereka menamatkan pengajian masing-masing. 
Gambar 3 orang pelajar UiTM diabadikan dalam bunting syarikat kami..

Proses pembelajaran sedang berlaku...

Belajar mengukur besi...

Memerhatikilatan besi setelah digilap...


No comments:

Post a Comment